Orientation Committee Family

Orientation Committee Family

Thursday, December 6, 2012

Bertunang dalam Islam....

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful . Assalammualaikum to all readers =)     





       Sebelum cuti semester..Aku berborak2 dgn kawan aku dlm bilik dia...Tiba-tiba,  kawan aku ni bukak cerita pasal dia sebenarnya dah bertunang...Haaa (ternganga mulut aku) .."Biar betul? aku tak pernah dengar cerita langsung ko dah engage...Tipulah...ko nak bikin gempak je ni"   "Betul, ko mesti ingat orang bila bertunang mesti ada cincin tunang dan mcm2 majlis semua tu kan? tapi aku tak, aku bertunang mengikut cara Islam"

       Bertunang cara Islam? bukan sama ke mcm org melayu bertunang? Haaa..mmg lain..Kita biasa dengar bila orang bertunang ni kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan? Aku buat kajian sikit dari youtube Ustaz Azhar Idrus..
Dalam video tersebut, Ustaz Azhar Idrus membaca salah satu soalan yang dikemukakan yang lebih kurang berbunyi;

"Jika salah seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah dikira bertunang walaupun ibubapa wanita itu belum lagi tahu dan kenal akan pihak lelaki. Adakah dikira betunang? Mohon penjelasan."

       Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bermula akan makna PINANG dalam Islam atau hukum Feqah. Pinang bermaksud apabila pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan setuju kepada hasrat lelaki tersebut, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

       Uztaz Azhar turut memberikan beberapa contoh peminangan samada melalui panggilan telefon mahupun SMS sebagaimana teknologi yang sedia ada dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Menurut pendapat ini, apabila seseorang wanita itu memberikan jawapan sebagai tanda dia suka dan setuju kepada hasrat tersebut, wanita itu telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut dan sesiapa yang tahu akan perkara tersebut dan masuk meminang pada masa berikutnya, hukumnya adalah haram.

       Mengikut penjelasan Ustaz Azhar lagi, apa yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu moden pada hari ini dengan kehadiran rombongan majlis pertunangan dengan membawa hantaran adalah merupakan sekadar adat sahaja dan perkara kedua selepas hukum Islam yang utama.

Persoalan seterusnya mengenai kehadiran atau pengetahuan ibubapa apabila pihak wanita itu menjawab secara bersendiri akan hasrat pihak lelaki, adakah dikira sebagai bertunang juga?

       Dalam menjelaskan hal ini, Ustaz Azhar menerangkan bahawa jika perempuan itu yang persetujuannya sah pada syarak maka dengan ini pertunangan ini adalah sah. Bagaimana yang disebut ulamak sebagai perempuan yang persetujuannya sah pada syarak? Mereka adalah perempuan-perempuan yang waras, perempuan yang telah baligh, perempuan yang cerdik dan perempuan yang boleh membawa diri.


       Yang berhajat hanya dengan persetujuan wali atau persetujuannya tidak sah pada hukum syarak antaranya adalah perempuan yang belum baligh, perempuan yang jenis lemah akal fikirannya atau seorang perempuan yang gila.


       Apabila mendengar jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus ini, ternyata hukum Islam itu amat mudah dan proses menjejakkan kaki ke alam rumahtangga itu tidak sesukar sebagaimana yang kita bayangkan. Namun begitu, kita dibayangi oleh adat yang terpaksa kita tanggung untuk memenuhi kemahuan keluarga serta menjaga kepentingan pandangan masyarakat yang penuh dengan adat isiadat.


       Dalam video lainnya pula, Uztaz Azhar turut menyatakan bahawa walaupun telah menjadi tunangan orang, dia bukanlah hak mutlak kita. Tidak ada perkara yang wajib untuk seseorang itu mengikuti kehendak tunangannya. Andai perempuan itu tidak suka dan kemudian berkahwin dengan orang lain, maka ia adalah sah.


Asal rombongan peminangan

       Dalam kerajaan Melayu lama, raja-raja Melayu akan membawa rombongan peminangan beserta beberapa dulang buah tangan daripada pihak lelaki sebagai hadiah kepada pihak perempuan. Dalam hal ini, perkara ini menjadi ikutan masyarakat pada zaman tersebut untuk membawa sesuatu pada urusan peminangan sebagai sesuatu yang disebut hantaran. Perbezaannya, raja-raja pada zaman tersebut hanya membawa buah tangan yang diberikan ikhlas kepada pihak perempuan tanpa meletakkan apa-apa syarat. Ia sekadar sebagai tanda hormat supaya tidak datang dengan tangan kosong. Sebaliknya, masyarakat Melayu menjadikan ia sebagai perkara wajib dan meletakkan bilangan-bilangan dulang tertentu serta budget sesuatu hantaran.

       Setelah urusan peminangan selesai dan sebelum pihak lelaki beransur pulang membawa kembali dulang yang dibawa tadi, pihak perempuan akan memberikan buah tangan dari pihak mereka supaya pihak lelaki tidak kembali dengan dulang kosong. Ia bukan atas permintaan pihak lelaki atau persetujuan mana-mana pihak. Apa yang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu pada hari ini, pihak lelaki akan membawa dulang berisi hantaran dari pihak mereka dan pihak perempuan akan memberi hantaran dalam dulang yang berlainan dan kebiasaannya diberikan dalam bilangan yang ganjil. Selain itu, ada juga yang meletakkan sebagai wajib bagi pihak perempuan untuk membalas dalam bilangan yang lebih.Begitulah tradisi-tradisi orang Melayu dalam urusan peminangan.

Sebagai penutup kata, 

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi






Hukum Bertunang Tanpa Pengetahuan Keluarga..'Tunang Berlafaz' - UAI








(Dengor molek) Maksud Bertunang (Simple!).. - Ustaz Azhar Idrus UAI

















7 comments:

  1. Minta penulis belajar tajuk pertunangan (خطيبة ) dari segi syarak bagi habis.. Ingat!!!, sekali kamu salah.. berjuta yang ikut akan salah dan menyumbangkan dosa pada kamu. Link video mohon kongsi. Bagi memudahkan untuk org merujuk. Takut berlaku salah paham. Fakta tak kuat.Jika tiada hadis Adakah kata² ulama dicampak ke tong sampah?

    Imam abu hanifah kata : demi Allah aku tak akan keluarkan satu fatwapun melainkan aku mengaji selama satu bulan utk keluarkan sesuatu hukum.. kerana aku takut pada kesilapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih kerana menegur saya En Kopiah...Mintak maaf, saya akan sertakan sekali link youtube Ustaz Azhar Idrus

      Delete
  2. rara happy lepas bace nii. harap-harap tak ade yang membantah

    ReplyDelete