Kuantan? apa kena mengena post aku kali ni dengan Kuantan ni? Haaaa..nak tahu sebabnya...
inilah sebabnya :)
Sukan Paralimpiad Malaysia XVI kali ni berlangsung di Pahang dari 9-14 Disember...Apa yang menarik tentang ini adalah...My lovely auntie, Siti Safura adalah salah seorang peserta, aku panggil auntie aku ni dengan gelaran kak la..Kak la ni jadi wakil negeri Melaka untuk permainan Catur atau dalam bahasa org putihnya Chess..Kak la aku ni dilamar oleh pasukan Melaka waktu die lawan chess kat Open KL yg lepas..Dia pun baru nak berjinak-jinak kembali dalam dunia chess bila dah lama tinggalkan permainan yang menguji strategi untuk menang.
My auntie , yang den panggil kak la ni bukan calang2 orangnya..Orangnya nampak biasa je..tapi sebenarnya dia adalah seorang pensyarah farmasi di UiTM , Puncak Alam...Berbalik semula ke Sukan Paralimpiad , aku sebenarnya pergi ke pahang dengan ayah dan ibu auntie aku ni...Sebelum tu lupa nak beritahu yang kak la ni sebenarnya adalah cousin kepada ibu..Perjalanan kitaorg sampai di kuantan pahang pada petang hari jumaat , 7 Disember.. " Bakti Homestay" tu lah tempat penginapan kami...
Pada keesokkan harinya pula , sabtu awal2 pagi..kami bertolak ke Sekolah Berasrama penuh Integrasi Kuantan untuk kak la buat klasifikasi sebelum bertanding...Pukul 7 lebih bertolak dari homestay...Kitaorg sampai awal..last2, org medic yg uruskan utk bahagian klasifikasi tu datang pukul 9 pagi...*tiba duduk dalam sekolah tu, teringat zaman di SMK Pendeta Za'ba dulu...Hahaha.
Selepas habis buat klasifikasi...kiteorg balik ke Homestay utk siap2 g rumah orang kahwin..Siapa pulak yg kahwin ni? Kawan sekolah kak la yg kahwin sebenarnya..Dia polis, so kenduri kahwin tu buat kat Kem PGA , Kuantan..Kitaorg datang lambat, tapi dapat makan kat meja VIP..#jangan jelous :D
Sementara menunggu hari perlawanan kak la tu..kitaorg sempat jalan2 tempat menarik kat Kuantan ni..Thanx kepada kawanku Iera Kamaruddin, sbb bagitahu tempat makan yg sedap2 kat Kuantan..Teluk Chempedak , Tanjung Lumpur dan Cherating..tempat2 ni mmg best gila lah...Hari yg ditunggu2 telah tiba..Isnin , 9 Disember 2012...kak la bertanding dalam Catur wanita kategori fizikal...hanya 4 orang sahaja dalam kategori ni..Melaka 2 orang , Negeri Sembilan 1 orang dan Pahang 1 orang...
Ada 6 game..Kak la menang 4 game , Seri 1 game dan Kalah 1 game..Alhamdulillah kak la dapat Silver dan yg paling bestnya dapat wakil Malaysia ke Myammar untuk sukan paralimpiad ASEAN nanti :) congrates kak la..
Pemenang catur wanita kategori fizikal,
Kiri ,wakil Negeri Sembilan, Gangsa..Tengah Kak qila, wakil dari Melaka, Emas dan
Kanan , Kak la, wakil dari Melaka, Perak
Wakil Melaka, Kak qila n Kak la :)
Sesi bergambar dengan team Melaka
Kak la bergambar dengan ayah dan ibunya :)
Sekian , Terima kasih sudi membaca :)
No comments:
Post a Comment