Orientation Committee Family

Orientation Committee Family

Wednesday, February 23, 2011

Siapakah dia PEMIMPIN ??

SIAPAKAH DIA PEMIMPIN???


Pemimpin ialah orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas bagi kepentingan orang ramai.

Disini ianya tidak bermaksud pemimpin itu hanya menjadi seorang pemimpin setelah di beri tanggungjawab. Pemimpin itu hendaklah membentuk dirinya sendiri menjadi seorang pemimpin. 

Untuk menjadi seorang Pemimpin bukannya perkara mudah. Ianya perlu memiliki sifat-sifat yang positif yang boleh membangun atau memajukan sesebuah organisasi.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“MANA-MANA PEMIMPIN/PEMERINTAH YANG MEMERINTAH RAKYATNYA YANG TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG ISLAM LALU DIA MATI DALAM HAL KEADAAN MENIPU MEREKA MAKA ALLAH TA`ALA AKAN MENGHARAMKAN NYA DARI MEMASUKI SYURGA”

Disini kita dapat lihat yang mana tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sangat besar. Dalam hadith diatas Maksud RAKYAT dalam erti kata lain ialah ORANG BAWAHAN PEMIMPIN. Jika kita tidak begitu celik dalam hal kepimpinan kita hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang pemimpin.

Allah Ta`ala berfirman dalam Al Quraan dalam surah Al Baqarah ayat 30:



“ dan ingatlah. Ketika tuhanmu berkata kepada malaikat:
“ sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah(pemimpin) di muka bumi”.

Melalui ini kita dapat lihat yang mana tujuan manusia itu di jadikan ialah untuk dijadikan seorang pemimpin yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan memimpin manusia kearah keamanan.

Firman Allah dalam surah ADZ-DZARIYAT ayat 56:


“ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepadaku”


Melalui hadith dan Firman diatas ianya menerangkan bahawa sebagai seorang pemimpin kita wajib mentaati perintah Allah walaupun kita sibuk dalam hal menguruskan urusan kita sebagai seorang pemimpin kerana Seorang pemimpin yang baik ialah Pemimpin yang menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah dan juga kepada orang ramai.


Ciri-ciri seorang pemimpin:

1. SEMANGAT MENDORONG DIRI SENDIRI

Bersemangat dan memupuk jiwa kepimpinan dalam diri dan boleh menghilangkan rasa takut untuk menghadapi segala rintangan.

2. PENGETAHUAN

Harus memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidangnya, harus mengetahui aspek-aspek operasi apa yang di ceburinya tetapi juga harus tahu tentang orang-orang bawahannya (memahami perasaan orang bawahannya).

3. KEMAMPUAN UNTUK MERANCANG

Merancang dan mengatur ahli bawahanya & memberitahu tentang matlamat tugas kepada ahli (memberitahu apakah tujuan untuk mereka untuk melakukan tugas itu).

4. DAYA IMIGINASI

Sentiasa berfikir dan bertindak dengan daya imiginasi yang membina. (Berinnovasi)

5. KUASA PEMUTUS

Berkuasa membuat setiap Keputusan. Bersikap terbuka untuk mendapatkan keputusan yang baik. Tetapi tidak selalu bersikap terbuka pada saat-saat hendak membuat keputusan. Bertindak tegas tetapi tidak dipengaruhi emosi.


Manakala Hamphill dan Alvin E.Goons membuat penyelidikan di OHIO STATE UNIVERSITY telah mengariskan 9 ciri kepimpinan yang berkesan iaitu:

1. INISIATIF
Pemimpin dapat mengeluarkan idea-idea baru yang boleh diterima oleh orang yang di pimpinnya.

2. REPRESENTATIF
Pemimpin dapat bertindak sebagai wakil kumpulannya dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahli dalam kumpulannya.

3. KEANGGOTAAN
Pemimpin dapat bergaul dan mewujudkan hubungan informal dengan ahli-ahlinya.

4. KOMUNIKASI
Pemimpin dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh ahli/dapat memberikan informasi tentang tugas-tugas ahli-ahlinya.

5. INTEGRASI
Pemimpin dapat mengurangkan konflik di kalangan anggotanya dan dapat mempertingkatkan penyesuaian individu di dalam kumpulan.

6. PENCAPAIAN
Pemimpin sentiasa merancang untuk meningkatkan pencapaian ahli-ahlinya.


7. KUASA
Pemimpin dapat menggunakan kuasa membuat keputusan terutama dalam membuat keputusan, bertindak dan memberi pendapat.

8. PENGAGIHAN TUGAS
Pemimpin dapat menentukan tugas ahli-ahli dengan cara adil.

9. PENGHARGAAN
Pemimpin dapat memberikan penghargaan dan teguran kepada ahli-ahlinya.


Sifat kepimpinan yang diamalkan oleh Rasulullah (Secara rumusan):

1. Beriman
2. Bertaqwa
3. Bersembahyang
4. Adil
5. Amanah
6. Memelihara kehormatan
7. Berjihad ke jalan Allah
8. Benar
9. Sabar
10. Taat kepada Allah dan Rasul
11. Menyuruh membuat kebaikkan dan menegah kemungkaran
12. Menjauhkan diri dari segala macam kejahatan,
13. Tidak membuat kerosakkan di bumi Allah
14. Tidak fasiq
15. Beramal soleh dan bersifat terpuji



APA DIA KEPIMPINAN??

 Kepimpinan memerlukan pemimpin dan pengikut

 Memimpin bererti menunjuk jalan atau arah, mendidik, menolong, mengawal dan mengarah.



“SEMUA ORANG ADA SIFAT KEPIMPINAN TETAPI BUKAN SEMUA ORANG ADA DAYA KEPIMPINAN”



"JANGANLAH KITA HANYA MAHU PANGKAT SAHAJA UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG DIKENALI RAMAI , SEDANGKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN, KITA TIDAK JALANKAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN..ORANG LAIN YANG SELESAIKAN...."


Sekian,Terima Kasih.....














No comments:

Post a Comment