Orientation Committee Family

Orientation Committee Family

Tuesday, December 25, 2012

Cinta vs Crush


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL . ASSALAMMUALAIKUM TO ALL READERS =) 

kalau kita minat seseorang tu, mesti jadi macam ni kan?
shy-shy cat nak tegur or face 2 face dengan dia

Apa beza cinta dan crush ? 

   "Di hadapan orang yang kamu cinta , jantung kamu berdegup kencang while di hadapan orang yang kamu suka , hati kamu gembira"


"Jika kamu melihat orang yang kamu cinta , kamu akan tersipu . tapi jika kamu melihat orang yang kamu suka, kamu akan tersenyum sampai ke telinga"


"Di hadapan orang yang kamu cinta , kamu tak boleh berkata apa2 yang berada dalam fikiran kamu tapi  di hadapan orang yang kamu suka , alangkah bagusnya jika dia tahu yg kita admire dia"


"Bila orang yang kamu cinta menangis, kamu boleh menangis dengan dia , tapi jika orang yang kamu suka menangis, kamu risau akan keadaannya"


"Di hadapan orang yang kamu cintai , kawan-kawan kamu sudah mengetahui kamu sedang bercinta, tapi di hadapan orang yang kamu suka, hanya kamu yang tahu mengenainya"

Dari suka itu datangnya perasaan cinta

jadi


"Sekiranya benar cinta , mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka , itu bukan cinta namanya"





Awak , I never get jealous bila diaorang cerita kisah cinta diaorang yang sweet tu. Sebab saya tahu Allah sedang aturkan something yang sweet for both of us :)



     

Friday, December 21, 2012

Permainan Zaman Kanak-kanak....

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful . Assalammualaikum to all readers =) 

     Kanak-kanak zaman ni mewah , kalau x percaya ..cuba korang tengok kanak-kanak generasi sekarang , umur 7 tahun dah ada handphone sendiri. Nak lagi gempak punya..kecik-kecik dah ada tab sendiri , fuyooo. Aku terpikir balik zaman aku kecik-kecik dulu..permainan yg simple..x memerlukan duit yg banyak utk beli gadget yg ribu riban tu...Jadi, utk post kali ni..aku nak bawak korang kembali , nostalgia lama permainan kanak-kanak yg sezaman dengan ku. Jom layannnn


1)


Gasing
(tengok gasing sapa yg paling lama berputar dalam bulatan, paling lama dia akan menang, yg kalah biasanya gasing dia kena pangkah dengan gasing lawan yg menang..haha)



2)

Main sorok-sorok
(Yang dipilih tu kene kira dari 1 sampai 10 , sementara kawan2 dia pergi menyorok..memang lama game ni kalau kawan kita tu ramai dan pandai menyorok..jenuh gak nak mencari)


3)

Lawan pemadam
(sanggup beli pemadam 20 sen kat kedai buku semata-mata utk ni..biasa yg kalah, pemadam dia akan jadi hak milik pemenang. Kalau dah satu plastik penuh dgn pemadam, mmg hebat lah tu)


4)

Brick game
(ni antara game popular zaman kanak2 dulu)


5)


Kapal terbang sambung-sambung
(selalu beli mainan ni dulu...paling x best kalau kapal terbang ni tersangkut kat pokok or terkena kipas dalam rumah, redha je lah time tu)


6)

Ceper
(permainan ni paling popular di kalangan lelaki)

7)


Batu Seremban
(perempuan mmg hebat main permainan ni)


8)


Main Huruf


9)

Main buka -katup
(x ingat nama sebenarnya tapi game ni selalu kait dengan warna yg korang pilih dengan lipatan seterusnya)


10)

Digivice
(sape budak lelaki yang minat digimon, ni mmg wajib dia ada) hahaha 


11)

Teng-teng
(biasa perempuan yg main game ni, kadang-kadang ada gak laki yg join main sekali)


11)

Monopoli /  Saidina
(main ni confirm berjam-jam)


12)

Main Titik
(buku maths sangat berguna waktu main game ni) haha

13)


Main Bola Kertas
(memerlukan daya tumpuan yg tinggi main game ni)


14)

Dam Ular
(paling sakit hati bila sikit lagi nak sampai 100, kene makan dengan ular..terus jatuh ke bawah balik  =_='')


15)

Bingo
(sapa paling cepat isi tempat kosong ...dia menang.. BINGO!!!)


     Haaa...mesti korang teringat zaman kanak-kanak ribena korang kan? hahaha..budak2 dulu sangatlah kreatif..Rindu zaman ni..



Sekian, terima kasih ....





Sunday, December 16, 2012

Kuantan ???

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful . Assalammualaikum to all readers =) 


     Kuantan? apa kena mengena post aku kali ni dengan Kuantan ni? Haaaa..nak tahu sebabnya...

inilah sebabnya :)


     Biasanya kita selalu dengar pasal Sukan Malaysia (SUKMA), yang ini Paralimpiad khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) ..Haaaa, jangan ingat orang OKU ni x boleh bersukan ye..Dieorg lagi hebat sebenarnya...

     Sukan Paralimpiad Malaysia XVI kali ni berlangsung di Pahang dari 9-14 Disember...Apa yang menarik tentang ini adalah...My lovely auntie, Siti Safura adalah salah seorang peserta, aku panggil auntie aku ni dengan gelaran kak la..Kak la ni jadi wakil negeri Melaka untuk permainan Catur atau dalam bahasa org putihnya Chess..Kak la aku ni dilamar oleh pasukan Melaka waktu die lawan chess kat Open KL yg lepas..Dia pun baru nak berjinak-jinak kembali dalam dunia chess bila dah lama tinggalkan permainan yang menguji strategi untuk menang.

     My auntie , yang den panggil kak la ni bukan calang2 orangnya..Orangnya nampak biasa je..tapi sebenarnya dia adalah seorang pensyarah farmasi di UiTM , Puncak Alam...Berbalik semula ke Sukan Paralimpiad , aku sebenarnya pergi ke pahang dengan ayah dan ibu auntie aku ni...Sebelum tu lupa nak beritahu yang kak la ni sebenarnya adalah cousin kepada ibu..Perjalanan kitaorg sampai di kuantan pahang pada petang hari jumaat , 7 Disember.. " Bakti Homestay" tu lah tempat penginapan kami...

     Pada keesokkan harinya pula , sabtu awal2 pagi..kami bertolak ke Sekolah Berasrama penuh Integrasi Kuantan untuk kak la buat klasifikasi sebelum bertanding...Pukul 7 lebih bertolak dari homestay...Kitaorg sampai awal..last2, org medic yg uruskan utk bahagian klasifikasi tu datang pukul 9 pagi...*tiba duduk dalam sekolah tu, teringat zaman di SMK Pendeta Za'ba dulu...Hahaha.
Selepas habis buat klasifikasi...kiteorg balik ke Homestay utk siap2 g rumah orang kahwin..Siapa pulak yg kahwin ni?  Kawan sekolah kak la yg kahwin sebenarnya..Dia polis, so kenduri kahwin tu buat kat Kem PGA , Kuantan..Kitaorg datang lambat, tapi dapat makan kat meja VIP..#jangan jelous :D

     Sementara menunggu hari perlawanan kak la tu..kitaorg sempat jalan2 tempat menarik kat Kuantan ni..Thanx kepada kawanku Iera Kamaruddin, sbb bagitahu tempat makan yg sedap2 kat Kuantan..Teluk Chempedak , Tanjung Lumpur dan Cherating..tempat2 ni mmg best gila lah...Hari yg ditunggu2 telah tiba..Isnin , 9 Disember 2012...kak la bertanding dalam Catur wanita kategori fizikal...hanya 4 orang sahaja dalam kategori ni..Melaka 2 orang , Negeri Sembilan 1 orang dan Pahang 1 orang...

     Ada 6 game..Kak la menang 4 game , Seri 1 game dan Kalah 1 game..Alhamdulillah kak la dapat Silver dan yg paling bestnya dapat wakil Malaysia ke Myammar untuk sukan paralimpiad ASEAN nanti :) congrates kak la..


Pemenang catur wanita kategori fizikal,
Kiri ,wakil Negeri Sembilan, Gangsa..Tengah Kak qila, wakil dari Melaka, Emas dan 
Kanan , Kak la, wakil dari Melaka, Perak




Wakil Melaka, Kak qila n Kak la :)




Sesi bergambar dengan team Melaka 





Kak la bergambar dengan ayah dan ibunya :)




Sekian , Terima kasih sudi membaca :) 

Thursday, December 6, 2012

Bertunang dalam Islam....

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful . Assalammualaikum to all readers =)     





       Sebelum cuti semester..Aku berborak2 dgn kawan aku dlm bilik dia...Tiba-tiba,  kawan aku ni bukak cerita pasal dia sebenarnya dah bertunang...Haaa (ternganga mulut aku) .."Biar betul? aku tak pernah dengar cerita langsung ko dah engage...Tipulah...ko nak bikin gempak je ni"   "Betul, ko mesti ingat orang bila bertunang mesti ada cincin tunang dan mcm2 majlis semua tu kan? tapi aku tak, aku bertunang mengikut cara Islam"

       Bertunang cara Islam? bukan sama ke mcm org melayu bertunang? Haaa..mmg lain..Kita biasa dengar bila orang bertunang ni kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan? Aku buat kajian sikit dari youtube Ustaz Azhar Idrus..
Dalam video tersebut, Ustaz Azhar Idrus membaca salah satu soalan yang dikemukakan yang lebih kurang berbunyi;

"Jika salah seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah dikira bertunang walaupun ibubapa wanita itu belum lagi tahu dan kenal akan pihak lelaki. Adakah dikira betunang? Mohon penjelasan."

       Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bermula akan makna PINANG dalam Islam atau hukum Feqah. Pinang bermaksud apabila pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan setuju kepada hasrat lelaki tersebut, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

       Uztaz Azhar turut memberikan beberapa contoh peminangan samada melalui panggilan telefon mahupun SMS sebagaimana teknologi yang sedia ada dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Menurut pendapat ini, apabila seseorang wanita itu memberikan jawapan sebagai tanda dia suka dan setuju kepada hasrat tersebut, wanita itu telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut dan sesiapa yang tahu akan perkara tersebut dan masuk meminang pada masa berikutnya, hukumnya adalah haram.

       Mengikut penjelasan Ustaz Azhar lagi, apa yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu moden pada hari ini dengan kehadiran rombongan majlis pertunangan dengan membawa hantaran adalah merupakan sekadar adat sahaja dan perkara kedua selepas hukum Islam yang utama.

Persoalan seterusnya mengenai kehadiran atau pengetahuan ibubapa apabila pihak wanita itu menjawab secara bersendiri akan hasrat pihak lelaki, adakah dikira sebagai bertunang juga?

       Dalam menjelaskan hal ini, Ustaz Azhar menerangkan bahawa jika perempuan itu yang persetujuannya sah pada syarak maka dengan ini pertunangan ini adalah sah. Bagaimana yang disebut ulamak sebagai perempuan yang persetujuannya sah pada syarak? Mereka adalah perempuan-perempuan yang waras, perempuan yang telah baligh, perempuan yang cerdik dan perempuan yang boleh membawa diri.


       Yang berhajat hanya dengan persetujuan wali atau persetujuannya tidak sah pada hukum syarak antaranya adalah perempuan yang belum baligh, perempuan yang jenis lemah akal fikirannya atau seorang perempuan yang gila.


       Apabila mendengar jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus ini, ternyata hukum Islam itu amat mudah dan proses menjejakkan kaki ke alam rumahtangga itu tidak sesukar sebagaimana yang kita bayangkan. Namun begitu, kita dibayangi oleh adat yang terpaksa kita tanggung untuk memenuhi kemahuan keluarga serta menjaga kepentingan pandangan masyarakat yang penuh dengan adat isiadat.


       Dalam video lainnya pula, Uztaz Azhar turut menyatakan bahawa walaupun telah menjadi tunangan orang, dia bukanlah hak mutlak kita. Tidak ada perkara yang wajib untuk seseorang itu mengikuti kehendak tunangannya. Andai perempuan itu tidak suka dan kemudian berkahwin dengan orang lain, maka ia adalah sah.


Asal rombongan peminangan

       Dalam kerajaan Melayu lama, raja-raja Melayu akan membawa rombongan peminangan beserta beberapa dulang buah tangan daripada pihak lelaki sebagai hadiah kepada pihak perempuan. Dalam hal ini, perkara ini menjadi ikutan masyarakat pada zaman tersebut untuk membawa sesuatu pada urusan peminangan sebagai sesuatu yang disebut hantaran. Perbezaannya, raja-raja pada zaman tersebut hanya membawa buah tangan yang diberikan ikhlas kepada pihak perempuan tanpa meletakkan apa-apa syarat. Ia sekadar sebagai tanda hormat supaya tidak datang dengan tangan kosong. Sebaliknya, masyarakat Melayu menjadikan ia sebagai perkara wajib dan meletakkan bilangan-bilangan dulang tertentu serta budget sesuatu hantaran.

       Setelah urusan peminangan selesai dan sebelum pihak lelaki beransur pulang membawa kembali dulang yang dibawa tadi, pihak perempuan akan memberikan buah tangan dari pihak mereka supaya pihak lelaki tidak kembali dengan dulang kosong. Ia bukan atas permintaan pihak lelaki atau persetujuan mana-mana pihak. Apa yang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu pada hari ini, pihak lelaki akan membawa dulang berisi hantaran dari pihak mereka dan pihak perempuan akan memberi hantaran dalam dulang yang berlainan dan kebiasaannya diberikan dalam bilangan yang ganjil. Selain itu, ada juga yang meletakkan sebagai wajib bagi pihak perempuan untuk membalas dalam bilangan yang lebih.Begitulah tradisi-tradisi orang Melayu dalam urusan peminangan.

Sebagai penutup kata, 

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi






Hukum Bertunang Tanpa Pengetahuan Keluarga..'Tunang Berlafaz' - UAI








(Dengor molek) Maksud Bertunang (Simple!).. - Ustaz Azhar Idrus UAI