Orientation Committee Family

Orientation Committee Family

Friday, November 27, 2015

Kisah Hidup 2015

Assalammualaikum.....

     Lama gila dah tak berusik blog ni, dah bersawang bagai. Entry kali ni aku nak share sikit life aku dari awal tahun 2015 sampai sekarang ni. Setiap orang yang kau jumpa akan bawak kenangan dalam hidup kau. Itu yang aku pegang since aku dah masuk UniKL MITEC balik sebagai student degree in Engineering Technology in Facilities Maintenance Engineering (BFAME). Aku selalu pegang kata-kata kawan baik aku, kau masuk U setakat nak jadi ulat buku dan score dean list setiap sem je baik tak yah masuk U, nak masuk U ni kau kena rasa real life sebenar yang mana bergaul dengan ramai orang dan join program2 yg ada. 

     Aku waktu diploma dulu tak de lah active mana, just join pun satu dua aktiviti satu sem. Tapi bila masuk degree ni, aku jumpa dengan 1 family yang banyak ajar aku macam-macam . Yup, Orientation Comittee Family. Waktu diploma dulu, member2 aku selalu ajak tiap sem join OC ni, tapi waktu tu fikiran aku lain. Ye lah kan, buang masa kau je kena datang mitec awal, join training OC dan Minggu SilaturRahim (MSR). paling busuk pun kau dah habiskan masa cuti kau selama seminggu setengah. Tu cerita dulu waktu zaman diploma, bila dah masuk degree ni, aku cuba bukak kan hati sikit untuk rasa apa bestnya jadi OC ni? Start dari OC January 2015 Intake aku join, aku dah dapat rasa ukhuwah dalam family tu. "Kau buat apa sekalipun, ikhlaskan hati kau.. In Shaa Allah kau akan rasa manisnya tu"

Jom layan gambar-gambar sekitar tahun 2015......


Orientation Committee January 2015 Intake

Family ni lah yang ajar aku banyak perkara dalam kehidupan.
Demi Allah, aku rindu nak kerjasama dan gila2 dengan korang semua.
The best family OC ever



CSR : "Masih Ada Yang Sayang" anjuran Young Syafie Club (YSC)

Pertama kali saya mintak maaf dengan Ustazah Wan Nor Hana sebab ponteng kelas Hubungan Etnik pagi khamis sebab nak join csr ni HaHaHa ampun ya ustazah. Asalnya nak join sebagai biasa-biasa je, tetiba rashid ajak sekali uruskan makanan. Start dari pukul 11 pagi beli barang dengan rashid, ecah dan hani sampai lah ke petang. Belum habis lagi, malamnya pukul 10 malam sampai ke pagi esoknya kami team masak-masak ( Rashid, Syafiq, TMJ dan Dodo) tak tido weh siapkan masakan semua untuk program CSR. Penat kami rasa berbaloi bila penghuni rumah seri kenangan habis licin makan makanan yang kami masak. Miss Fadhillah sampai 3 kali tambah kot. Jangan kata lelaki tak pandai masak eh....



 Pot Pot Boat Racing, Welding and Fabrication Project

Memperkenalkan Family FAME intake Sept 2014
Lecturer kami baek
Technician kami baek
Kami budak FAME kami semua budak baek......


CSR : AR-RAYYAN anjuran Facilities Maintenance Engineering Student Society (FAMES)

CSR kali ni menarik sebab majoriti dia memang sah-sah dari family Fame sendiri. Untuk csr ni kali ni melibatkan anak-anak yatim dan anak orang kurang berkemampuan. Kami diberi tugas untuk main outdoor aktiviti bersama-sama dgn adik dari rumah Ar-Rayyan dan selebihnya diberi tugas untuk membaiki asrama penghuni rumah Ar-Rayyan. 




Orientation Committee June 2015 Intake

Untuk kali kedua menjadi OC, memang best nak-nak lagi Welcoming Orientation Week, WOW *diganti dari nama Minggu SilaturRahim kali ni berlangsung sewaktu bulan ramadhan. 1st day puasa kat rumah dan second day terus gerak Johor untuk lapor diri sebagai OC june intake. WOW kali ni memang gempak habis, walaupun terpaksa limitkan aktiviti sebab bulan puasa. Bab tido memang kena korban lah, sebab jadual padat dan kena kejutkan dieorg sahur seawal 4 pagi. Respect kepada biro disiplin, Fidee, Mustaza dan Tinsyaz yg berjaya kejut adik2 baru ni. "Lupakan segala apa result SPM awak semua, tak yah nak bangga awak dapat banyak A dalam SPM. Bila awak semua masuk sini, awak mulakan hidup baru. Awak semua datang sini dengan harapan, dan pulang nanti dengan kejayaan." - Bekas pelajar Diploma QE July 2011



Nama anda tiada dalam senarai Orientation Committee September 2015

Serius tak tipu bila dapat tahu aku tak de dalam senarai OC september 2015, sampai aku habaq kat beberapa orang family oc yang lama "Aku rasa macam kena buang dengan family OC" Dieorg cakap, "sabarlah takde rezeki kali ni", "Next time cuba lagi okay", "Dieorg nak budak2 baru WOW kali ni". 2 minggu jugak lah nak heal balik sakit aku bila tak terpilih jadi OC untuk september intake. Lama aku pikir pasal ni. Allah dah susun sebaik mungkin syafiq, ada benda yang lagi penting kau kena selesaikan waktu training OC dan WOW sept intake. YESS, aku kena tolong makcik aku yang OKU pergi UPM setiap hari untuk settlekan urusan Master beliau. Family come first :)


Tahniah Kak La, dah ada Master sekarang :)
Allah tarik satu, dan Allah bagi yang lebih baik selepas tu....
Teringat kata-kata Coach Ejul waktu training OC januari lepas..
"Bukan nikmat yang perlu aku kejar, tapi syukur yang perlu aku tambah"


CSR : Hospital Sultan Ismail anjuran Al-Ghazali Club

Asalnya aku tak tahu pun ada csr ni,tapi satu hari tu rashid cakap lah "library nak adakan csr kau tahu tak?" Memang tak tahulah jawab aku. Nak dijadikan cerita otw nak balik hostel, jumpa dengan Naib pres Al-Ghazali club merangkap ex-classmate aku waktu dip dulu. Bila tanya dengan dia, dia pun kata kalau nak join, bagi nama. Sampai2 je kat cafe pagi tu, tengok aku dengan rashid je student laki, selebihnya perempuan HaHaHa. Takpe2 kami wakil lelaki yang lain. CSR kali ni lebih kepada mencatikkan ruang library di wad ibu mengandung Hospital Sultan Ismail, di samping memberi sedikit keperluan kepada ibu2 yang mengandung. Conclusionnya, rasa lain lah sebab buat csr kat hospital tapi mmg best sebab kami berjaya buat deco kat library sana :)



 We With FAMES

Event kali ni lain sikit sebab ini kali pertama aku jadi pengarah program untuk orientation budak Fame Sem 1. Start dari buat belajar paper work sampai ke buat report. Banyak benda yang aku belajar untuk buat program. Selalu join program je, laa ni kena buat program, Hambik kau... Letih wehh lagi2 bab kena reject proposal, 2-3 kali jugak buat pembetulan. Terima Kasih yang tak terhingga aku ucapkan untuk team fame 14/2 yang banyak tolong bagi menjayakan event ni. Korang semua mmg havoc.
P/s : Gambar bawah tu logo baru kami, smart kan? HaHaHa credit to adzmi 




 Industrial Visit & Interview Syarikat Abdul Wahab

Demi menyiapkan assignment untuk Professional English 2, kami berlima dari Pasir Gudang ke Seremban untuk visit Syarikat Abdul Wahab dan interview Abang Ajak. Terima kasih diucapkan kepada team member (team budak returning student) yang sanggup jalan jauh dan Syarikat Abdul Wahab yang menerima kunjungan kami. Abang Ajak yang sempoi jawab soalan interview dan Tok aim yang bagi duit poket untuk kami berlima HeHeHe :)
Kerja kita dah siapp hahaha 
Gambar bawah : Fiza, Erra, Shahida, Syafiq , Abang Ajak dan Rashid




CSR : Sentuhan Kasih Ziarah Perkampungan Orang Asli Kampung Pasir Putih anjuran Young Syafie Club (YSC)

CSR kali ni memang unik sebab kali ni melibatkan Perkampungan Orang Asli. Actually, event ni di bawah pengarah projek merangkap roommate aku, rashid. Aku tak tahu pun asalnya ada perkampungan orang asli kat Kg. Pasir Putih. Ye lahkan datang sana selalu untuk makan nasi ayam penyet yang sedap. Untuk buat csr yang ni bukan senang. Nak kumpul dana untuk beri bantuan kepada penduduk orang asli Kampung Pasir Putih perlukan sokongan dan bantuan dari ramai pihak. Terima Kasih yang tak terhingga diucapkan kepada para dermawan dan yang sudi menyumbang apa sekalipun bagi menjayakan program ini.
Teringat kata-kata seorang penduduk Kg. Pasir Putih 
"Masuk Islam tu sebab nak rasa kemanisan Islam" -kak nab-






 Program Anjakan Minda SK Menson, Cameron Highland

Program ni serius best gila, siapa sangka tengah busy dgn study , project bagai semua. Kiteorg join program under Project Management group Faz ke cameron highland. Last sekali pergi cameron 5 tahun lepas waktu visit pengawas ke cameron. Lama gilaa tak jejak tempat sejuk mcm ni. Otw to cameron tu, kiteorg sempat main ware wolf dalam bas. Haruk jugak dalam bas tu mencari sape yang jadi wolf? Hahahah. Awal-awal turun bas, kami disajikan dengan tarian tradisional mereka oleh adik-adik dari sekolah tersebut. Aktiviti kat sana mmg best, ada tarian, nyanyian dan mcm2 lagilah. Dapat jugak misi aku nak merasa ais krim malaysia yang guna strawberi pure punya. sedapppp :)
Terima kasih kepada team project management faz and the geng sudi bawa kami ke cameron. Aku doakan  team korang dapat A untuk project management.




 FIT MyTAG 2015

Event Sukan paling gempak di MITEC untuk tahun 2015, seperti kat atas poster tu ada 5 game.. Colour run, Explorace, Trophy Dato' Mansor, Sukan Rakyat dan Food competition. Program ni sebenarnya di bawah subjek Project Management. Idea Fit MyTag ni adalah dari lecturer kami, En Sulastri. Gabungan 7 team untuk menjayakan program ni. Kumpulan kami SkyTrex yang terdiri dari Rashid, GG, TMJ, Syafiq , kak farhana, ecah, fazira, hani dan leen diberi tanggung jawab untuk menjadi organizer dalam event ni. Memang team kiteorang dah dibentuk sebelum cuti sem lagi sbb before this kiteorg dah ada chemistry untuk buat kerja sama2. Fit MyTag mmg mental dan fizikal kena fit gila nak buat event ni. Kiteorg settlekan masalah untuk paper work, gabungsemua 5 sukan siap budget, siap ambik signature pengarah setiap sukan, siap present depan management semua dan dapat peruntukan dari SDCL dalam tempoh 12 jam. Apa yang penting? kerja sama hahaha. Alhamdulillah event ni dah settle, sepanjang 2 hari. Terima kasih kepada semua yg terlibat bagi menjayakan event sukan paling gempak MITEC 2015 ni.

Fit MyTAG
#newmindsetnewresult


Itulah event yang aku join sepanjang tahun 2015 ni, kalau ada lagi. aku tambah lah lepas ni. Dengan dieorg lah aku kongsi suka duka aku kat dalam mitec sepanjang tahun 2015.
Terima kasih sudi baca Kisah Hidup 2015.

P/S : Buat seseorang yang mungkin baca atau tak entry ni,

Jangan pernah putus doa untuk jadi insan yang lebih baik....
Jaga Diri,
Jaga Iman,
Jaga Hati.....



Friday, October 4, 2013

Argelich yang lama......


Argelich





Aku rindu argelich yang lama..Yes! argelich yang lama...Kita sama-sama lepak mamak. Kita kongsi cerita , tak ada rahsia antara kita berlima . Help each other bila masa susah . Kita ketawa terbahak-bahak sama-sama . Kita bahan-membahan , sampai ada yang sentap . Kita lepak baazar karat lepas tu makan sup ekor , nasi ayam penyet , pecel lele , waktu tu jugak ada lipas terbangkan . Hahaha dan macam-macam lagilah

Aku rindu korang yang lama....
Aku rindu argelich yang lama.............

Saturday, February 16, 2013

Kematangan

Assalammualaikum.....




     "Matang" yaa , itulah post aku kali ni. Ramai di kalangan kita menganggap matang itu diukur melalui umur..Biasanya yang tua selalunya cakap, "kau budak-budak lagi, tak payah campur urusan orang tua" Bagi aku , matang bukan diiktiraf dengan umur yang tua. Matang juga bagi aku , bukanlah diiktiraf dengan ijazah  dan bukan dikira dengan jawatan-jawatan yang tinggi atau gelaran tertentu dalam kehidupan.

     Aku ambik 1 contoh waktu solat jumaat , di saat muazzin melaungkan azan..mesti ada pak cik akan suruh budak2 kecik sekolah rendah tu "Senyap!" . Bagi pendapat aku lah..dari suruh budak kecik tu senyap , kenapa tak suruh dia jawab azan..Itukan lebih baik..Bukan niat aku nak kurang ajar, tpi aku nak menegakkan perkara yang betul. Lebih baik jawab azan itu dari diam membisu.

     Matang bagi aku adalah seseorang itu mampu mengenali Allah , tahu apa matlamat hidupnya dan tanggungjawab dia dunia ini.. Dalam menjalani kehidupan ni, aku jumpa ramai orang yang matang.. Tidak kisahlah matang dari segi berfikir , memberi pendapat  dan sebagainya..Bagi aku , orang yang matang ni fikir jauh dan matlamat apa yang diaorang rancang itu biasanya tercapai.. Sebab apa aku cakap mereka boleh capai impian atau rancangan mereka itu? Sebab dieorang fikir macam mana cara yang terbaik untuk menuju kejayaan..

    Terdapat banyak kisah antara Umar al-Khatab dan pemuda-pemudi matang , Antaranya adalah kisah  dengan seorang budak pengembala kambing. Ketika dia berkata kepada budak itu , yang tidak mengenalinya dirinya,

     "Wahai budak , perah susu kambing ini. Umar bukannya ada di sini." Budak itu menjawab , "Tuhan Umar ada." .. Kita boleh tengokkan bagaimana matangnya seorang pengembala kambing melalui jawapannya. Melalui jawapannya sahaja , sudah cukup jelas ketegasan , disiplin dan akhlaknya. Umar begitu gembira gembira dengan jawapan sedemikian lantas memanggil tuan kepada budak itu , bagi memerdekakannya.

     Lagi 1 kisah  , kala Umar al-Khattab mengumpulkan wakil-wakil daerah bermesyuarat , maka mendahului semua , seorang budak yang mahu bersuara. Begitu bersemangat , begitu terkedepan , hingga dia ditegur,

     "Wahai budak , biar yang lebih tua itu berbicara." Kemudian budak itu dengan yakin menjawab , "Kemuliaan dan kematangan itu tidak diukur dengan usia. Sekiranya demikian , lebih ramai lagi yang layak berbicara berbanding kalian yang ada."   Apa yang disebutkan itu , membuatkan Umar al-Khattab berkata , " Wahai budak , berbicaralah."   Budak itu membentangkan permasalahan di daerahnya , membuatkan yang melihat kagum dengannya.

     Konklusinya, kematangan adalah perkara yang membuatkan kita belajar , mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh , rasa kurang , rasa merendah diri dan rasa mahu memperbaiki kesilapan. Jadi, jom kita ubah persepsi sekarang yang mengatakan kematangan itu diukur dengan umur . :) 



Thursday, January 17, 2013

Dah ready belum bila Malaikat Izrail datang?

     Assalammualaikum....



     Berapa ramai daripada kita yang dah bersiap , yang dah bersedia bila Malaikat Izrail berjumpa kita ?
Ya, pada kali ni aku bercerita pasal ajal / kematian...Bila Malaikat Izrail nak datang ? kita x tahu, ... Ramai antara kita beranggapan yang dia akan mati bila die dah tua nanti..jdi sempat lagilah nak bertaubat dan bawak diri tu ke surau lepas pencen nanti...tapi realitinya, ada yang mati sbb accident , sbb penyakit kronik dan lain2 lagi..Tak ada sape yg boleh gerenti die boleh hidup sampai esok.


     Bila Malaikat Izrail nak dtg..dia akan dtg jugak...tak ada masa lagi kita nak minx masa kejap nak bertaubat..Tapi bila dia dtg nak cabut nyawa kita , kita dah bersedia..dah cukup amalan nak jumpa Allah, Alhamdulillah..tapi kalau time tu kita terkontang kanting lagi..x boleh nak buat apa dah because the reality is, bila ajal datang ketuk pintu kita..kita akan terus meninggal. Ajal setiap seorang daripada kita, hanya Allah sahaja yang tahu.




     So mmg kita tak tahu bila ajal kita...jadi apa boleh kita buat? Bila kita tunggu sesuatu yg confirm semua yg hidup ni akan alami..cuma kita x tahu bila je...Satu tips yang sangat bagus yg diberi oleh sahabat Rasulullah SAW ialah.." Bekerja lah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup di dunia selamanya. dan bekerja lah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok" amalan kita di dunia ini adalah penentu nasib kita di alam kubur dan akhirat kelak..so sentiasalah SETTING niat,UPGRADE iman,DOWNLOAD sabar,UPLOAD usaha,DELETE dosa,UPDATE doa n TOP UP ilmu..dapatlah REDEEM pahala byk2..insyaAllah...



Rumah kita nanti



Sekian Terima Kasih
     

Tuesday, December 25, 2012

Cinta vs Crush


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL . ASSALAMMUALAIKUM TO ALL READERS =) 

kalau kita minat seseorang tu, mesti jadi macam ni kan?
shy-shy cat nak tegur or face 2 face dengan dia

Apa beza cinta dan crush ? 

   "Di hadapan orang yang kamu cinta , jantung kamu berdegup kencang while di hadapan orang yang kamu suka , hati kamu gembira"


"Jika kamu melihat orang yang kamu cinta , kamu akan tersipu . tapi jika kamu melihat orang yang kamu suka, kamu akan tersenyum sampai ke telinga"


"Di hadapan orang yang kamu cinta , kamu tak boleh berkata apa2 yang berada dalam fikiran kamu tapi  di hadapan orang yang kamu suka , alangkah bagusnya jika dia tahu yg kita admire dia"


"Bila orang yang kamu cinta menangis, kamu boleh menangis dengan dia , tapi jika orang yang kamu suka menangis, kamu risau akan keadaannya"


"Di hadapan orang yang kamu cintai , kawan-kawan kamu sudah mengetahui kamu sedang bercinta, tapi di hadapan orang yang kamu suka, hanya kamu yang tahu mengenainya"

Dari suka itu datangnya perasaan cinta

jadi


"Sekiranya benar cinta , mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka , itu bukan cinta namanya"





Awak , I never get jealous bila diaorang cerita kisah cinta diaorang yang sweet tu. Sebab saya tahu Allah sedang aturkan something yang sweet for both of us :)



     

Friday, December 21, 2012

Permainan Zaman Kanak-kanak....

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful . Assalammualaikum to all readers =) 

     Kanak-kanak zaman ni mewah , kalau x percaya ..cuba korang tengok kanak-kanak generasi sekarang , umur 7 tahun dah ada handphone sendiri. Nak lagi gempak punya..kecik-kecik dah ada tab sendiri , fuyooo. Aku terpikir balik zaman aku kecik-kecik dulu..permainan yg simple..x memerlukan duit yg banyak utk beli gadget yg ribu riban tu...Jadi, utk post kali ni..aku nak bawak korang kembali , nostalgia lama permainan kanak-kanak yg sezaman dengan ku. Jom layannnn


1)


Gasing
(tengok gasing sapa yg paling lama berputar dalam bulatan, paling lama dia akan menang, yg kalah biasanya gasing dia kena pangkah dengan gasing lawan yg menang..haha)



2)

Main sorok-sorok
(Yang dipilih tu kene kira dari 1 sampai 10 , sementara kawan2 dia pergi menyorok..memang lama game ni kalau kawan kita tu ramai dan pandai menyorok..jenuh gak nak mencari)


3)

Lawan pemadam
(sanggup beli pemadam 20 sen kat kedai buku semata-mata utk ni..biasa yg kalah, pemadam dia akan jadi hak milik pemenang. Kalau dah satu plastik penuh dgn pemadam, mmg hebat lah tu)


4)

Brick game
(ni antara game popular zaman kanak2 dulu)


5)


Kapal terbang sambung-sambung
(selalu beli mainan ni dulu...paling x best kalau kapal terbang ni tersangkut kat pokok or terkena kipas dalam rumah, redha je lah time tu)


6)

Ceper
(permainan ni paling popular di kalangan lelaki)

7)


Batu Seremban
(perempuan mmg hebat main permainan ni)


8)


Main Huruf


9)

Main buka -katup
(x ingat nama sebenarnya tapi game ni selalu kait dengan warna yg korang pilih dengan lipatan seterusnya)


10)

Digivice
(sape budak lelaki yang minat digimon, ni mmg wajib dia ada) hahaha 


11)

Teng-teng
(biasa perempuan yg main game ni, kadang-kadang ada gak laki yg join main sekali)


11)

Monopoli /  Saidina
(main ni confirm berjam-jam)


12)

Main Titik
(buku maths sangat berguna waktu main game ni) haha

13)


Main Bola Kertas
(memerlukan daya tumpuan yg tinggi main game ni)


14)

Dam Ular
(paling sakit hati bila sikit lagi nak sampai 100, kene makan dengan ular..terus jatuh ke bawah balik  =_='')


15)

Bingo
(sapa paling cepat isi tempat kosong ...dia menang.. BINGO!!!)


     Haaa...mesti korang teringat zaman kanak-kanak ribena korang kan? hahaha..budak2 dulu sangatlah kreatif..Rindu zaman ni..



Sekian, terima kasih ....





Sunday, December 16, 2012

Kuantan ???

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful . Assalammualaikum to all readers =) 


     Kuantan? apa kena mengena post aku kali ni dengan Kuantan ni? Haaaa..nak tahu sebabnya...

inilah sebabnya :)


     Biasanya kita selalu dengar pasal Sukan Malaysia (SUKMA), yang ini Paralimpiad khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) ..Haaaa, jangan ingat orang OKU ni x boleh bersukan ye..Dieorg lagi hebat sebenarnya...

     Sukan Paralimpiad Malaysia XVI kali ni berlangsung di Pahang dari 9-14 Disember...Apa yang menarik tentang ini adalah...My lovely auntie, Siti Safura adalah salah seorang peserta, aku panggil auntie aku ni dengan gelaran kak la..Kak la ni jadi wakil negeri Melaka untuk permainan Catur atau dalam bahasa org putihnya Chess..Kak la aku ni dilamar oleh pasukan Melaka waktu die lawan chess kat Open KL yg lepas..Dia pun baru nak berjinak-jinak kembali dalam dunia chess bila dah lama tinggalkan permainan yang menguji strategi untuk menang.

     My auntie , yang den panggil kak la ni bukan calang2 orangnya..Orangnya nampak biasa je..tapi sebenarnya dia adalah seorang pensyarah farmasi di UiTM , Puncak Alam...Berbalik semula ke Sukan Paralimpiad , aku sebenarnya pergi ke pahang dengan ayah dan ibu auntie aku ni...Sebelum tu lupa nak beritahu yang kak la ni sebenarnya adalah cousin kepada ibu..Perjalanan kitaorg sampai di kuantan pahang pada petang hari jumaat , 7 Disember.. " Bakti Homestay" tu lah tempat penginapan kami...

     Pada keesokkan harinya pula , sabtu awal2 pagi..kami bertolak ke Sekolah Berasrama penuh Integrasi Kuantan untuk kak la buat klasifikasi sebelum bertanding...Pukul 7 lebih bertolak dari homestay...Kitaorg sampai awal..last2, org medic yg uruskan utk bahagian klasifikasi tu datang pukul 9 pagi...*tiba duduk dalam sekolah tu, teringat zaman di SMK Pendeta Za'ba dulu...Hahaha.
Selepas habis buat klasifikasi...kiteorg balik ke Homestay utk siap2 g rumah orang kahwin..Siapa pulak yg kahwin ni?  Kawan sekolah kak la yg kahwin sebenarnya..Dia polis, so kenduri kahwin tu buat kat Kem PGA , Kuantan..Kitaorg datang lambat, tapi dapat makan kat meja VIP..#jangan jelous :D

     Sementara menunggu hari perlawanan kak la tu..kitaorg sempat jalan2 tempat menarik kat Kuantan ni..Thanx kepada kawanku Iera Kamaruddin, sbb bagitahu tempat makan yg sedap2 kat Kuantan..Teluk Chempedak , Tanjung Lumpur dan Cherating..tempat2 ni mmg best gila lah...Hari yg ditunggu2 telah tiba..Isnin , 9 Disember 2012...kak la bertanding dalam Catur wanita kategori fizikal...hanya 4 orang sahaja dalam kategori ni..Melaka 2 orang , Negeri Sembilan 1 orang dan Pahang 1 orang...

     Ada 6 game..Kak la menang 4 game , Seri 1 game dan Kalah 1 game..Alhamdulillah kak la dapat Silver dan yg paling bestnya dapat wakil Malaysia ke Myammar untuk sukan paralimpiad ASEAN nanti :) congrates kak la..


Pemenang catur wanita kategori fizikal,
Kiri ,wakil Negeri Sembilan, Gangsa..Tengah Kak qila, wakil dari Melaka, Emas dan 
Kanan , Kak la, wakil dari Melaka, Perak




Wakil Melaka, Kak qila n Kak la :)




Sesi bergambar dengan team Melaka 





Kak la bergambar dengan ayah dan ibunya :)




Sekian , Terima kasih sudi membaca :)