"Matang" yaa , itulah post aku kali ni. Ramai di kalangan kita menganggap matang itu diukur melalui umur..Biasanya yang tua selalunya cakap, "kau budak-budak lagi, tak payah campur urusan orang tua" Bagi aku , matang bukan diiktiraf dengan umur yang tua. Matang juga bagi aku , bukanlah diiktiraf dengan ijazah dan bukan dikira dengan jawatan-jawatan yang tinggi atau gelaran tertentu dalam kehidupan.
Aku ambik 1 contoh waktu solat jumaat , di saat muazzin melaungkan azan..mesti ada pak cik akan suruh budak2 kecik sekolah rendah tu "Senyap!" . Bagi pendapat aku lah..dari suruh budak kecik tu senyap , kenapa tak suruh dia jawab azan..Itukan lebih baik..Bukan niat aku nak kurang ajar, tpi aku nak menegakkan perkara yang betul. Lebih baik jawab azan itu dari diam membisu.
Matang bagi aku adalah seseorang itu mampu mengenali Allah , tahu apa matlamat hidupnya dan tanggungjawab dia dunia ini.. Dalam menjalani kehidupan ni, aku jumpa ramai orang yang matang.. Tidak kisahlah matang dari segi berfikir , memberi pendapat dan sebagainya..Bagi aku , orang yang matang ni fikir jauh dan matlamat apa yang diaorang rancang itu biasanya tercapai.. Sebab apa aku cakap mereka boleh capai impian atau rancangan mereka itu? Sebab dieorang fikir macam mana cara yang terbaik untuk menuju kejayaan..
Terdapat banyak kisah antara Umar al-Khatab dan pemuda-pemudi matang , Antaranya adalah kisah dengan seorang budak pengembala kambing. Ketika dia berkata kepada budak itu , yang tidak mengenalinya dirinya,
"Wahai budak , perah susu kambing ini. Umar bukannya ada di sini." Budak itu menjawab , "Tuhan Umar ada." .. Kita boleh tengokkan bagaimana matangnya seorang pengembala kambing melalui jawapannya. Melalui jawapannya sahaja , sudah cukup jelas ketegasan , disiplin dan akhlaknya. Umar begitu gembira gembira dengan jawapan sedemikian lantas memanggil tuan kepada budak itu , bagi memerdekakannya.
Lagi 1 kisah , kala Umar al-Khattab mengumpulkan wakil-wakil daerah bermesyuarat , maka mendahului semua , seorang budak yang mahu bersuara. Begitu bersemangat , begitu terkedepan , hingga dia ditegur,
"Wahai budak , biar yang lebih tua itu berbicara." Kemudian budak itu dengan yakin menjawab , "Kemuliaan dan kematangan itu tidak diukur dengan usia. Sekiranya demikian , lebih ramai lagi yang layak berbicara berbanding kalian yang ada." Apa yang disebutkan itu , membuatkan Umar al-Khattab berkata , " Wahai budak , berbicaralah." Budak itu membentangkan permasalahan di daerahnya , membuatkan yang melihat kagum dengannya.
Konklusinya, kematangan adalah perkara yang membuatkan kita belajar , mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh , rasa kurang , rasa merendah diri dan rasa mahu memperbaiki kesilapan. Jadi, jom kita ubah persepsi sekarang yang mengatakan kematangan itu diukur dengan umur . :)