Orientation Committee Family

Orientation Committee Family

Friday, October 4, 2013

Argelich yang lama......


Argelich





Aku rindu argelich yang lama..Yes! argelich yang lama...Kita sama-sama lepak mamak. Kita kongsi cerita , tak ada rahsia antara kita berlima . Help each other bila masa susah . Kita ketawa terbahak-bahak sama-sama . Kita bahan-membahan , sampai ada yang sentap . Kita lepak baazar karat lepas tu makan sup ekor , nasi ayam penyet , pecel lele , waktu tu jugak ada lipas terbangkan . Hahaha dan macam-macam lagilah

Aku rindu korang yang lama....
Aku rindu argelich yang lama.............

Saturday, February 16, 2013

Kematangan

Assalammualaikum.....




     "Matang" yaa , itulah post aku kali ni. Ramai di kalangan kita menganggap matang itu diukur melalui umur..Biasanya yang tua selalunya cakap, "kau budak-budak lagi, tak payah campur urusan orang tua" Bagi aku , matang bukan diiktiraf dengan umur yang tua. Matang juga bagi aku , bukanlah diiktiraf dengan ijazah  dan bukan dikira dengan jawatan-jawatan yang tinggi atau gelaran tertentu dalam kehidupan.

     Aku ambik 1 contoh waktu solat jumaat , di saat muazzin melaungkan azan..mesti ada pak cik akan suruh budak2 kecik sekolah rendah tu "Senyap!" . Bagi pendapat aku lah..dari suruh budak kecik tu senyap , kenapa tak suruh dia jawab azan..Itukan lebih baik..Bukan niat aku nak kurang ajar, tpi aku nak menegakkan perkara yang betul. Lebih baik jawab azan itu dari diam membisu.

     Matang bagi aku adalah seseorang itu mampu mengenali Allah , tahu apa matlamat hidupnya dan tanggungjawab dia dunia ini.. Dalam menjalani kehidupan ni, aku jumpa ramai orang yang matang.. Tidak kisahlah matang dari segi berfikir , memberi pendapat  dan sebagainya..Bagi aku , orang yang matang ni fikir jauh dan matlamat apa yang diaorang rancang itu biasanya tercapai.. Sebab apa aku cakap mereka boleh capai impian atau rancangan mereka itu? Sebab dieorang fikir macam mana cara yang terbaik untuk menuju kejayaan..

    Terdapat banyak kisah antara Umar al-Khatab dan pemuda-pemudi matang , Antaranya adalah kisah  dengan seorang budak pengembala kambing. Ketika dia berkata kepada budak itu , yang tidak mengenalinya dirinya,

     "Wahai budak , perah susu kambing ini. Umar bukannya ada di sini." Budak itu menjawab , "Tuhan Umar ada." .. Kita boleh tengokkan bagaimana matangnya seorang pengembala kambing melalui jawapannya. Melalui jawapannya sahaja , sudah cukup jelas ketegasan , disiplin dan akhlaknya. Umar begitu gembira gembira dengan jawapan sedemikian lantas memanggil tuan kepada budak itu , bagi memerdekakannya.

     Lagi 1 kisah  , kala Umar al-Khattab mengumpulkan wakil-wakil daerah bermesyuarat , maka mendahului semua , seorang budak yang mahu bersuara. Begitu bersemangat , begitu terkedepan , hingga dia ditegur,

     "Wahai budak , biar yang lebih tua itu berbicara." Kemudian budak itu dengan yakin menjawab , "Kemuliaan dan kematangan itu tidak diukur dengan usia. Sekiranya demikian , lebih ramai lagi yang layak berbicara berbanding kalian yang ada."   Apa yang disebutkan itu , membuatkan Umar al-Khattab berkata , " Wahai budak , berbicaralah."   Budak itu membentangkan permasalahan di daerahnya , membuatkan yang melihat kagum dengannya.

     Konklusinya, kematangan adalah perkara yang membuatkan kita belajar , mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh , rasa kurang , rasa merendah diri dan rasa mahu memperbaiki kesilapan. Jadi, jom kita ubah persepsi sekarang yang mengatakan kematangan itu diukur dengan umur . :) 



Thursday, January 17, 2013

Dah ready belum bila Malaikat Izrail datang?

     Assalammualaikum....



     Berapa ramai daripada kita yang dah bersiap , yang dah bersedia bila Malaikat Izrail berjumpa kita ?
Ya, pada kali ni aku bercerita pasal ajal / kematian...Bila Malaikat Izrail nak datang ? kita x tahu, ... Ramai antara kita beranggapan yang dia akan mati bila die dah tua nanti..jdi sempat lagilah nak bertaubat dan bawak diri tu ke surau lepas pencen nanti...tapi realitinya, ada yang mati sbb accident , sbb penyakit kronik dan lain2 lagi..Tak ada sape yg boleh gerenti die boleh hidup sampai esok.


     Bila Malaikat Izrail nak dtg..dia akan dtg jugak...tak ada masa lagi kita nak minx masa kejap nak bertaubat..Tapi bila dia dtg nak cabut nyawa kita , kita dah bersedia..dah cukup amalan nak jumpa Allah, Alhamdulillah..tapi kalau time tu kita terkontang kanting lagi..x boleh nak buat apa dah because the reality is, bila ajal datang ketuk pintu kita..kita akan terus meninggal. Ajal setiap seorang daripada kita, hanya Allah sahaja yang tahu.




     So mmg kita tak tahu bila ajal kita...jadi apa boleh kita buat? Bila kita tunggu sesuatu yg confirm semua yg hidup ni akan alami..cuma kita x tahu bila je...Satu tips yang sangat bagus yg diberi oleh sahabat Rasulullah SAW ialah.." Bekerja lah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup di dunia selamanya. dan bekerja lah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok" amalan kita di dunia ini adalah penentu nasib kita di alam kubur dan akhirat kelak..so sentiasalah SETTING niat,UPGRADE iman,DOWNLOAD sabar,UPLOAD usaha,DELETE dosa,UPDATE doa n TOP UP ilmu..dapatlah REDEEM pahala byk2..insyaAllah...



Rumah kita nanti



Sekian Terima Kasih