Orientation Committee Family

Orientation Committee Family

Sunday, August 21, 2011

19 Hadith Rasullullah S.A.W Mengenai Perempuan

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"Jadi, janganlah sesekali perempuan merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan perempuan setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah".



Tuesday, May 10, 2011

dari Allah kita datang , kepada Allah kita pergi.....

            Tanggal 9 Mei 1993...aku dilahirkan ke muka bumi ini....Aku bersyukur sangat2 sbb aku ade ayah dan ibu...tapi yg pergi tu tetap akn pergi.....kita nangis air mata darah sekali pun...die x kan kembali...aku x sangka...buzday terakhir yg aku dapat celebrate dgn ibu dan ayah bile aku 6 tahun iaitu pada 9 Mei 1999...Beberapa hari sebelum buzday aku yg ke-7...ayah aku meninggal dunia...Ya Allah...aku hanya dpt rasa kasih sayang seorang ayah sekejap sahaja...Tak sampai 5 bulan aku masuk alam persekolahan , darjah 1...aku dah x de ayah...ramai org bgi semangat kat aku...tpi betul lah pepatah melayu, "Berat mata yang memandang , Berat lagi bahu yang memikul"...Mula dgn ayah aku meninggal dunia...selepas tu kaum keluarga aku yg lain pergi meninggalkan aku....nenek moyang aku yg ku panggil Nenek  , atuk kampung yg ku panggil Atok , nenek yang ku panggil  Wawa...Pak lang , Mak Teh , Pak Mat......"Ajal maut di tangan Allah S.W.T"  kita yang hidup ni harus meneruskan kehidupan....Tanggal 9 Mei 2011...Genap umur aku 18 tahun ....Thanx kepada  family , kawan2 n sesiapa sahaja yg wish buzday aku...Mmg aku minx sangat tahun ni ..aku x nak celebrate buzday aku..bukan apa...bile sambut buzday sepatutnya org happy...tpi aku sebaliknya...aku sedih...sbb dah 11 tahun aku sambut buzday tanpa seorang lelaki yg bergelar "ayah"...




Sekian, terima kasih

Monday, April 4, 2011

Ending ABPBH 2010 Usop Wilcha n Johan

Sape x tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 mlm semalam?? 3 April 2011...Mmg rugi lah kalo korang x tengok ABPBH smlm...paling aku suke tengok Ending ABPBH...sape x kenal dgn Usop Wilcha yg berlakon dlm filem Hantu Kak Limah Balik Rumah??

Usop Wilcha

Ending ABPBH mmg best..Penonton semua dah start gelak bile Usop Wilcha datang dgn Johan Raja Lawak masuk dgn nyanyi lagu 


"Soley Soley"

HAHAHAHA




‎"sape sape yg setuju , supaya awok ngumumkan keputusan ni , sila angkat tangan mcm saya" HAHAHAHA


Kalo korang perasan Zizan tenggelam terus bile Usop ngan Johan dtg...Maybe die nervous sbb die kan tercalon sekali...HEHEHEHE

Ape2 pown...ABPBH 2010 mmg sangat meriah!!! =D


Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya =)

Tuesday, March 1, 2011

Hati Seorang Wanita







Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!








Wednesday, February 23, 2011

Siapakah dia PEMIMPIN ??

SIAPAKAH DIA PEMIMPIN???


Pemimpin ialah orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas bagi kepentingan orang ramai.

Disini ianya tidak bermaksud pemimpin itu hanya menjadi seorang pemimpin setelah di beri tanggungjawab. Pemimpin itu hendaklah membentuk dirinya sendiri menjadi seorang pemimpin. 

Untuk menjadi seorang Pemimpin bukannya perkara mudah. Ianya perlu memiliki sifat-sifat yang positif yang boleh membangun atau memajukan sesebuah organisasi.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“MANA-MANA PEMIMPIN/PEMERINTAH YANG MEMERINTAH RAKYATNYA YANG TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG ISLAM LALU DIA MATI DALAM HAL KEADAAN MENIPU MEREKA MAKA ALLAH TA`ALA AKAN MENGHARAMKAN NYA DARI MEMASUKI SYURGA”

Disini kita dapat lihat yang mana tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sangat besar. Dalam hadith diatas Maksud RAKYAT dalam erti kata lain ialah ORANG BAWAHAN PEMIMPIN. Jika kita tidak begitu celik dalam hal kepimpinan kita hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang pemimpin.

Allah Ta`ala berfirman dalam Al Quraan dalam surah Al Baqarah ayat 30:



“ dan ingatlah. Ketika tuhanmu berkata kepada malaikat:
“ sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah(pemimpin) di muka bumi”.

Melalui ini kita dapat lihat yang mana tujuan manusia itu di jadikan ialah untuk dijadikan seorang pemimpin yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan memimpin manusia kearah keamanan.

Firman Allah dalam surah ADZ-DZARIYAT ayat 56:


“ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepadaku”


Melalui hadith dan Firman diatas ianya menerangkan bahawa sebagai seorang pemimpin kita wajib mentaati perintah Allah walaupun kita sibuk dalam hal menguruskan urusan kita sebagai seorang pemimpin kerana Seorang pemimpin yang baik ialah Pemimpin yang menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah dan juga kepada orang ramai.


Ciri-ciri seorang pemimpin:

1. SEMANGAT MENDORONG DIRI SENDIRI

Bersemangat dan memupuk jiwa kepimpinan dalam diri dan boleh menghilangkan rasa takut untuk menghadapi segala rintangan.

2. PENGETAHUAN

Harus memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidangnya, harus mengetahui aspek-aspek operasi apa yang di ceburinya tetapi juga harus tahu tentang orang-orang bawahannya (memahami perasaan orang bawahannya).

3. KEMAMPUAN UNTUK MERANCANG

Merancang dan mengatur ahli bawahanya & memberitahu tentang matlamat tugas kepada ahli (memberitahu apakah tujuan untuk mereka untuk melakukan tugas itu).

4. DAYA IMIGINASI

Sentiasa berfikir dan bertindak dengan daya imiginasi yang membina. (Berinnovasi)

5. KUASA PEMUTUS

Berkuasa membuat setiap Keputusan. Bersikap terbuka untuk mendapatkan keputusan yang baik. Tetapi tidak selalu bersikap terbuka pada saat-saat hendak membuat keputusan. Bertindak tegas tetapi tidak dipengaruhi emosi.


Manakala Hamphill dan Alvin E.Goons membuat penyelidikan di OHIO STATE UNIVERSITY telah mengariskan 9 ciri kepimpinan yang berkesan iaitu:

1. INISIATIF
Pemimpin dapat mengeluarkan idea-idea baru yang boleh diterima oleh orang yang di pimpinnya.

2. REPRESENTATIF
Pemimpin dapat bertindak sebagai wakil kumpulannya dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahli dalam kumpulannya.

3. KEANGGOTAAN
Pemimpin dapat bergaul dan mewujudkan hubungan informal dengan ahli-ahlinya.

4. KOMUNIKASI
Pemimpin dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh ahli/dapat memberikan informasi tentang tugas-tugas ahli-ahlinya.

5. INTEGRASI
Pemimpin dapat mengurangkan konflik di kalangan anggotanya dan dapat mempertingkatkan penyesuaian individu di dalam kumpulan.

6. PENCAPAIAN
Pemimpin sentiasa merancang untuk meningkatkan pencapaian ahli-ahlinya.


7. KUASA
Pemimpin dapat menggunakan kuasa membuat keputusan terutama dalam membuat keputusan, bertindak dan memberi pendapat.

8. PENGAGIHAN TUGAS
Pemimpin dapat menentukan tugas ahli-ahli dengan cara adil.

9. PENGHARGAAN
Pemimpin dapat memberikan penghargaan dan teguran kepada ahli-ahlinya.


Sifat kepimpinan yang diamalkan oleh Rasulullah (Secara rumusan):

1. Beriman
2. Bertaqwa
3. Bersembahyang
4. Adil
5. Amanah
6. Memelihara kehormatan
7. Berjihad ke jalan Allah
8. Benar
9. Sabar
10. Taat kepada Allah dan Rasul
11. Menyuruh membuat kebaikkan dan menegah kemungkaran
12. Menjauhkan diri dari segala macam kejahatan,
13. Tidak membuat kerosakkan di bumi Allah
14. Tidak fasiq
15. Beramal soleh dan bersifat terpuji



APA DIA KEPIMPINAN??

 Kepimpinan memerlukan pemimpin dan pengikut

 Memimpin bererti menunjuk jalan atau arah, mendidik, menolong, mengawal dan mengarah.



“SEMUA ORANG ADA SIFAT KEPIMPINAN TETAPI BUKAN SEMUA ORANG ADA DAYA KEPIMPINAN”



"JANGANLAH KITA HANYA MAHU PANGKAT SAHAJA UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG DIKENALI RAMAI , SEDANGKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN, KITA TIDAK JALANKAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN..ORANG LAIN YANG SELESAIKAN...."


Sekian,Terima Kasih.....














Monday, February 21, 2011

Apa itu CINTA ???





Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah........






Sekian,Terima kasih..=)


Thursday, February 17, 2011

Jangan Gunakan Perkataan "SALAM"


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Wednesday, January 26, 2011

Kenangan form 1 =)

 SMK Pendeta Za'ba....sekolah nie mmg special buat aku....aku masih ingat lagi...ari pertama aku jejak kaki di sekolah itu pada thun 2006 untuk pendaftaran tingkatan 1...cikgu pertama yg aku salam...Pn Siti Azlin bt Abu Zarin ,GPK KOKO ..ckg nie kawan baek kepada ibu n ayah aku dulu...tibe2 dtg lak seorang ckg laki...mule2 takut gak aku tengok muke die..bler aku tanye dgn kazen aku,syukri yg merupakan pelajar tingkatan 4 2006...barulah aku taw...ckg tuw ckg disiplin...Cikgu Said namanya...

 Hari pertama aku bergelar pelajar SMK PZ..mule2 mmg cuak gak lah..ye lah kan..dulu waktu sek rendah..aku lah plg senior...bler masuk sek menengah,paling junior skali...tengok abg2 n akk2 smue nye tinggi2 belaka...Waktu perhimpunan di dataran...aku tertarik dgn sorang abg nie sbb die bagi command kat depan astaka..nama die abg faiz 5F 2006...suara die mmg kuat gler lah...waktu tuw aku tanam 1 impian..."satu ari nanti , aku nak bagi command mcm tuw jugak" alhamdulillah,impian aku tercapai ,apabila tahun 2010,ckg shaliza minx aku bagi command kat depan...mmg best gler lah..=)

  Berbalik kepada SMK PZ , sek nie laen ckit dari sek menengah yg laen...kerana kalo kita tengok pengawas sekolah pakai baju "BIRU" tapi SMK PZ nie, pengawas sekolah die pakai baju "HIJAU"...aku taw nie pown bila minggu pertama orientasi form 1 2006..aku masih ingat lagi nama2 senior pengwas yg handle orientasi tuw...abg faizal,abg sobri,abg azeem,abg syukri,kak hanis ,kak zaiba n laen2 lagi...waktu tuw..faci bagi kelas aku..abg sobri,die nie mmg sempoi jer orgnye..Aku masih ingat lagi waktu kiteorg training nyanyi lagu sek..hahaha..bergegar dewan blok A waktu tuw...

  Akhir tahun form 1 tuw..aku dpt rasa jiwa aku nak sangat nak jdi pengawas...x taw lah sbb pew? Mungkin sbb kazen aku pown pengawas kat pz gak...Guru kelas aku antar nama aku kat guru pengawas..Pada suatu ari,nama aku dipanggil sebelum start perhimpunan..ade lagi lah  pelajar form 1 yg lain  kne panggil n berkumpul di belakang astaka..aku pown risau gak..pahal lak nama aku kne panggil nie..aku ade wat salah pew2 ker???? Rupew2 nye, aku dipanggil sbb dpt jadi "pengawas pelatih" perghhh..wat suspen aku jer...aku dpt 2 org mentor...sorang namanya Fadhullah form 2 Arif n sorang lagi namanya Fathullah form 4 Arif...nama dekat2..mule2 tuw confius gak lah..lame2 tuw dah ok..Abis jer assembly ari tuw..aku kne g dewan blok C..ade ujian bertulis...perghh..aku dah ler x baca langsung buku peraturan sek..mampos aku kalo die tanye..pew hukuman pelajar ponteng??mmg aku x taw....aku tenang jer jawab soalan tuw..pkir logik jer..naseb baek senang soalan tuw...Abis jer masa untuk jawab soalan tuw..smue pengwas pelatih kne g bilik gerakan (bilik meeting) ..Sampai jer kat depan bilik tuw..kne ambik giliran nak masuk,adoyaii..rupew2nye ade interview ...aku org ke-2 dri kelas 1 Arif yg masuk blk tuw..Masuk je blk tuw...ade 4 org..seorang ckg pengwas,Pn Chua n 3 org lagi..AJK tertinggi pengwas..abg faizal,kak hanis n kak anisah...aku diinterview oleh Pn Chua...ckg nie kira garang jugaklah..slalu gak aku tengok die tiap2 ari rabu..mesti pakai full uniform PBSM...Aku jawab dgn tenang jer bler ckg chua interview aku...1 persatu soalan die aku dpt jawab..abis jer turn aku..die suruh aku blk kelas....Ade gak kawan2 aku yg diinterview oleh senior2 tdi..ade sorang senior tuw..die tanye soalan kat kawan aku..yg belit2...pening gak lah kawan aku nak jawab...Satu ari tuw...abg azeem..Penolong ketua pengawas panggil aku n nadia kat kelas..die bgtaw,aku ngan nad dpt jdi pengawas...perghh..HAPPY GLER time tuw!!! bkn senang woo waktu tuw..berbelas pelajar lelaki yg jdi pengawas pelatih, hanya 4 org yg lepas..Syafiq shah,Aiman,Syamil izzan n Satish kumar...nie ler 4 org lelaki je yg lepas jdi pengwas form 1 waktu tuw...Itu lah serba ckit pengalaman aku form 1 di sekolah yg diberi nama SMK Pendeta Za'ba...Sekian...

Sunday, January 23, 2011

Tibe-tibe terdetik dlm hati nak buat blog sendiri....sebelum SPM dulu mmg ade niat..tpi almaklumlah...busy jer..tpi Alhamdullilah,23 Januari 2011..hasrat aku tercapai nak wat blog sendiri ..hehe..pendahuluan nie..just nak perkenalkan dri kepada smue kawan2  =)

Mohd Syafiq Shah bin Shah Rizal atau org biasa panggil "Syafiq Shah" jer.Berumur 18 tahun .Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas n Tadika Cumi Ciki....Seterusnya,bersekolah rendah di SK King George V dan meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di SMK Pendeta Za'ba...seorang yg agak garang sbb dikenali sebagai KP paling garang pernah ade kat PZ..hehehe...tpi sebenarnya periang n senang bergaul,kalo x caya..cube tanye dgn kawan2ku ...Selalu gak org ckp,muke syafiq shah tuw menakutkan sbb jarang sangat senyum... pepatah pernah menyebut "Jangan menilai seseorg tuw dgn melihat air muka dia sahaja" ... now agak busy dgn lesen kereta ,kerja majalah sekolah n Alumni PjPz...sekian sahaja ..As salam....